
UniMEL bakal jadi nukleus hab pendidikan Melaka
BANDA HILIR 12 April. – Penaiktarafan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) kepada universiti penuh yang dikenali sebagai Universiti Melaka (UniMEL) bakal memberi impak lebih besar kepada sektor pendidikan negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kewujudan UniMEL diyakini bakal menjadi nukleus kepada hab pendidikan Melaka.
Katanya, UniMEL kini mempunyai sekitar 3,500 pelajar dan jumlah itu akan bertambah menjelang 2022 apabila proses penyerapan masuk Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MiCOST) kepada sebahagian UniMEL diselesaikan.

“Sasaran kita ialah untuk UniMEL menjadi sebuah IPT dengan jumlah pelajar seramai 7,000 orang menjelang tahun 2025.
“Tahniah kepada semua pihak bekerja keras membantu usaha tersebut. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di atas pengiktirafan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021 di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.