
UNIMEL, 10 BRIGED PARA ANJUR KURSUS PRA PERKAHWINAN
KUALA LINGGI 16 Disember – Bukan sekadar melahirkan insan yang berilmu, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) juga cakna berhubung aspek pembangunan kerohanian dan sahsiah penduduk negeri ini.
Terbaharu menerusi perkongsian di Facebook rasminya UNIMEL menganjurkan Kursus Asas Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam.
“Program ini adalah anjuran bersama UNIMEL menerusi Salman Al Farisi Centre (SAFC) dan 10 Briged (Para) berlangsung di Auditorium Ibn Khaldun pada 14 dan 15 Disember lalu.
“Alhamdulillah program ini memberi manfaat kepada 112 peserta dalam kalangan penuntut dan alumni UNIMEL serta warga 10 Briged Para, sementara itu penceramah jemputan adalah mereka yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Melaka,” katanya.
Menurut perkongsian itu lagi, penganjuran program seumpama itu menjadi medium bagi UNIMEL menyumbang kepakaran dimiliki kepada orang ramai selain menyantuni rakyat Melaka.
Hadir merasmikan program itu adalah Naib Canselor UNIMEL, Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora bersama wakil daripada 10 Briged Para.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...