
Uniknya Muzium Rakyat Banda Hilir
BANDA HILIR 26 Ogos – Susun atur yang menarik menjadikan bahan pameran di Muzium Rakyat di Jalan Kota, di sini, menggambarkan aktiviti sebenar dijalankan penduduk negeri ini seakan hidup.
Antara bahan pameran menarik adalah pelbagai jenis gasing, capal gergasi, pelbagai jenis peralatan lama dan sanggul.

Pameran utama muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian.
Kecemerlangan Negeri Melaka turut diabadikan dalam ‘Pameran Melaka Sedekad’ yang dikenali sebagai Muzium Rakyat.

Antara objektif penubuhan Muzium Rakyat adalah mempamerkan isu-isu istimewa menarik berkaitan dengan pertumbuhan sosio-ekonomi dari zaman Melaka hingga tahap ‘Kegemilangan Melaka’ dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial, pelancongan, perindustrian dan sebagainya serta hubungan kerajaan-rakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...