
Uniknya Laman Tiga Budaya
JASIN 29 Februari – Berada di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dalam satu masa, itulah pengalaman unik menunggu pengunjung atau pelancong yang singgah ke Laman Tiga Budaya di Asahan, di sini.
Selain menjadi titik pertemuan tiga negeri, geografi kawasan rekreasi itu dikelilingi kawasan hutan yang menghijau dan paling menarik pemandangan indah Gunung Ledang.
Bagi yang mahu ‘healing’ atau lari seketika daripada kesibukan kota bersama keluarga, Laman Tiga Budaya menawarkan ketenangan dan kehijauan alam semula jadi.

Sesuai dengan status Melaka sebagai negeri pelancongan pelbagai kemudahan disediakan untuk menjamin keselesaan pengunjung pelbagai peringkat usia.
Antara tarikan sekitar Laman Tiga Budaya adalah taman tema air yang pastinya sesuai untuk kanak-kanak, selain tapak perkhemahan terletak berhampiran.
Buat kaki ‘hiking’ pula boleh merasai pengalaman ke puncak Gunung Ledang menggunakan laluan dari sebelah utara melalui Laman Tiga Budaya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....