Sorting by

×

UMNO, UAT kerjasama lakukan sanitasi percuma

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 20 Mei. – Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Unit Amal Trader (UAT) untuk melakukan kerja-kerja sanitasi udara dan pekarangan awam secara percuma dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Menerusi hantaran di Facebook UMNO Melaka, buat permulaan, kerja-kerja sanitasi udara akan dilakukan di pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) di negeri ini.

BADAN Perhubungan UMNO Negeri Melaka dengan kerjasama UAT melakukan kerja-kerja sanitasi udara dan pekarangan pejabat Japerun Dun Ayer Limau. Foto FB UMNO Melaka.

“Antara JAPERUN yang dikenalpasti untuk program perintis ini adalah Japerun Ayer Limau dan JAPERUN Taboh Naning,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, individu atau atau pihak premis yang berminat untuk melakukan sanitasi udara di tempat masing-masing boleh menghubungi Muhammad Siratal Mustaqim Hamzah di talian 011-1121441 atau Datuk Mohd Yusof (013-6316361) atau Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Melaka ditalian 06-2337075.

ANGGOTA UAT melakukan sanitasi di pekarangan rumah ADUN Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof.

“Setiap permohonan mestilah melalui pengesahan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan JAPERUN Barisan Nasional/UMNO,” katanya.

UAT diasaskan Muhammad Siratal Mustaqim,36, pada 2015 tetapi mula aktif sejak Mac tahun lalu.

KERJA-kerja sanitasi udara di Taman Pengkalan Lubok Cina.

Tiga lagi anggota kumpulan itu ialah Hamzah Abdul Ghani, 53; Shukri Ismail, 36, dan Amzar Muhaimin Abdul Latif, 21, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi mampu mengorbankan wang ringgit dan masa demi ‘saham akhirat’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

525
Kongsi :
Previous post Langgar SOP PKPB di Kedai Karpet: Neelofa, suami mengaku tidak bersalah
Next post Reda pemergian menantu baik
Ubah saiz-+=