UMNO setuju teruskan persefahaman politik dengan PAS bagi PRN Melaka

Masa Membaca:46 Saat

KUALA LUMPUR 28 Okt – UMNO, hari ini memutuskan persefahaman politik dengan PAS akan diteruskan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebentar tadi.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya PAS kekal dengan pendirian untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), perkara itu akan dirunding dan dimuktamadkan semula oleh tiga jawatan tertinggi UMNO.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

606
Kongsi :
Previous post MT UMNO malam ini bincang isu kerjasama PRN Melaka
Next post Kenyataan penuh Setiausaha Agung UMNO berhubung MKT malam ini
Ubah saiz-+=