
UMNO sedia berunding dengan Bersatu, kata Rauf
MASJID TANAH 6 Okt – UMNO Melaka sedia berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua UMNO negeri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan Ketua Bersatu negeri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, semalam mengenai kemungkinan kerjasama politik itu.
Malah katanya, pihaknya turut bersedia untuk menerima apa jua pandangan dan cadangan parti berkenaan untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru di antara BN, Bersatu dan PAS dalam PRN.
“Bagi saya hasrat PN untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRN amat saya hargai,” katanya selepas mesyuarat Biro Politik UMNO Melaka di kediamannya di sini, lewat malam tadi.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, keputusan mengadakan rundingan itu bagaimanapun akan diperhalusi sebelum kata putus mengenai perkara itu dibuat oleh kepimpinan UMNO pusat.
“Walau apa jua keputusan, saya akan bawa untuk diberikan pertimbangan di peringkat tertinggi parti dalam masa terdekat,” katanya.
Semalam, Mohd Rafiq dalam sidang medianya memaklumkan bersikap terbuka untuk menerima sebarang rundingan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...