
UMNO Melaka sedia hadapi PRU-15
TANJUNG BIDARA 8 Oktober – Kesiapsiagaan UMNO Melaka bagi mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berada pada tahap 90 peratus dan parti itu bersedia sepenuhnya jika PRU-15 diadakan pada bila-bila masa.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya akan memastikan setiap gerak kerja jentera sayap parti, di semua peringkat akan membawa kemenangan.
“Jika mahu kata bersedia, kami sudah bersedia selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu lagi. Jentera akan diaktifkan untuk menguruskan PRU yang akan datang tidak lama lagi.
“Cuma tumpuan sekarang adalah nama calon yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah di Villa D’ Acqua, di sini, hari ini.
Ab Rauf berkata, lima nama calon akan dihantar ke ibu pejabat bagi setiap parlimen.
“Kita tidak mampu lagi kalah untuk kali kedua..dan kita mesti berupaya untuk memastikan Putrajaya mesti berada dalam genggaman Barisan Nasional (BN) selepas PRU-15,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...