
UMNO Melaka bersedia 100 peratus
LENDU 13 Mac – UMNO Melaka kini sudah 100 peratus bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diumumkan pada bila-bila masa.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya kini sedang merangka gerak kerja dan memperinci pergerakan parti itu di semua peringkat.
“Dalam Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Bil 1/2021 yang diadakan malam tadi kita lebih banyak menjurus membincangkan rangka gerak kerja yang diadakan sebelum dan selepas ini.
“Dengan keadaan hari ini dan PRU yang nak hampir bila-bila masa jadi kita imbas kembali apa pergerakan yang dah dibuat dan kita telah bersiap siaga 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...