UMNO Johor tolak ‘spekulasi’ bubar DUN hari ini
KULAI, 15 Jan – UMNO Johor hari ini menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang dikatakan berlaku hari ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali berkata UMNO Johor juga tidak membuat sebarang perbincangan mengenai hal itu.
“Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapapun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti biasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerja terus.
“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga sekarang, kami kekalkan berkhidmat untuk rakyat dan sehingga sekarang kami tumpukan kepada kerja-kerja COVID-19 dan banjir,” katanya kepada pemberita selepas hadir Program Seminar Pemantapan Jentera PRU15 Parlimen Kulai di Senai, dekat sini hari ini.
Turut hadir pada program secara tertutup itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.
Kerajaan negeri Johor yang kini dipimpin BN, mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN susulan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kempas Datuk Osman Sapian, meninggal dunia 21 Dis tahun lepas.
Barisan Nasional kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi DUN.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...