
UMNO Johor adakan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri
JOHOR BAHRU, 22 Jan – Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor berlangsung petang ini di Bangunan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, di sini.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi UMNO Johor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan 26 Ketua UMNO Bahagian antaranya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Samsolbari Jamali (Ayer Hitam); dan Datuk Seri Razali Ibrahim (Muar); selain veteran UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Pada masa ini, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu); manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh); dan Amanah (enam).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...