
UMNO anggap semua kerusi ‘panas’ – Ahmad Zahid
MASJID TANAH 19 Okt – UMNO menganggap semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kerusi panas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menganggap semua kawasan perlu menjadi fokus untuk memenangi PRN kali ini dan bukannya tiga kerusi DUN iaitu Sungai Udang, Pantai Kundor dan Pengkalan Batu semata-mata.
“Saya anggap semua kawasan adalah panas dan kita akan bekerja keras dalam kawasan-kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera parti menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 8 November ini dan pengundian 20 November.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Turut sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semua Ketua UMNO Bahagian dan Jawatankuasa keseluruhannya lebih 500 jemputan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...