
UMNO Alor Gajah sepakat kekalkan Ismail Sabri sebagai PM ke-10
MACHAP JAYA 15 Oktober – Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah sepakat menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10 jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman berkata, usul dikemukakan dalam mesyuarat hari ini dipersetujui 640 perwakilan adalah sejajar dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Jelasnya, hasrat yang diusulkan itu merupakan kata sepakat bagi menyokong keputusan MKT, selain memastikan perpaduan parti itu sentiasa terpelihara.
“Kami juga mengemukakan usul untuk menyokong siapa sahaja calon yang dinamakan oleh pucuk pimpinan BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah pada PRU-15.
“Apa yang penting UMNO Alor Gajah akan memastikan BN kembali merampas kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU-14 lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di Machap Baru, di sini, hari ini.
“Saya yakin, BN mampu merampas kembali kerusi Parlimen Alor Gajah pada PRU-15 ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...