
Ukraine, Rusia mungkin capai persetujuan rundingan damai dalam tempoh seminggu
KYIV, 18 Mac – Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak pada Khamis berkata Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net.
Kyiv mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu, kata Podolyak.
Beliau yang juga anggota delegasi Ukraine terhadap rundingan damai dengan Rusia berkata, jika perjanjian dipersetujui kedua-dua pihak, ia akan menjadi penamat kepada konflik Ukraine dan Rusia.
Podolyak pada Rabu berkata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mungkin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dalam masa terdekat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...