
uKasih bantu miskin tegar keluar dari kepompong kemiskinan – KM
LENDU 1 April – Seramai empat penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menerima sumbangan menerusi Program Usaha Kasih (uKasih) yang diadakan di JAPERUN Lenndu, hari ini.
Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, empat penerima itu merupakan sebahagian daripada 17 keseluruhan penerima di negeri ini.
Katanya, program berkenaan merupakan satu inisiatif bagi membantu mereka yang berstatus miskin tegar atau miskin untuk meningkatkan ekonomi keluarga mereka.
“Ia sekali gus dapat membantu mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan,” katanya.
Menurut Sulaiman, empat penerima yang mendapat manfaat daripada program itu ialah Siti Hazura Abd Rahman, Maziah Mohd Jani, Zainal Abidin Baba Hadi dan Mohd Nuri Mohd Noor.
Kesemua mereka menerima sumbangan berbentuk peralatan antaranya peralatan membuat kuih, peralatan makanan sejuk beku, peralatan pembersihan kebun dan peralatan pembersihan kebun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...