
UK: semua sekatan perjalanan COVID-19 tamat hujung minggu ini
LONDON, 15 Mac – Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps, pada Isnin berkata semua sekatan perjalanan COVID-19 termasuk ujian saringan semasa ketibaan, akan dimansuhkan bermula Jumaat ini, lapor Agensi Anadolu.
“Perubahan itu mungkin disebabkan kempen vaksinasi COVID-19 kami dan akan memberi lebih banyak kebebasan sempena sambutan Easter,” katanya.
Cuti Easter adalah amat popular dalam kalangan pelancong British. Pengumuman itu bermakna orang ramai boleh memasuki United Kingdom (UK) tanpa sebarang sekatan buat kali pertama sejak wabak itu dikesan pada musim bunga 2020.
Angka terkini dari Pejabat Statistik Kebangsaan menunjukkan bilangan kes semakin meningkat di seluruh UK.
Bagaimanapun, kerajaan tidak bimbang, namun menggalakkan mereka yang belum menerima suntikan dos penggalak untuk mendapatkannya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...