UiTM ungguli Karnival Masum 2022

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2022 buat kali ketiga berturut-turut.

UiTM yang pernah menjuarai Karnival Sukan Masum pada 2018 dan 2019, merangkul 13 pingat emas, tujuh perak dan lapan gangsa pada edisi kali ini yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari 24-27 Mac.

Karnival Sukan Masum secara fizikal pada 2020 dan 2021 terhenti akibat pandemik COVID-19.

UiTM mengungguli temasya itu dengan berjaya mengumpul empat pingat emas masing-masing dari sukan pentaque dan memanah, serta masing-masing dua pingat emas bagi sukan silat dan catur manakala satu pingat emas bagi acara taekwondo.

Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat kedua dengan kutipan lapan pingat emas dan masing-masing empat perak dan gangsa, diikuti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tiga emas, lima perak dan empat gangsa.

Pengarah Pusat Sukan UiTM Jalaluddin Hussin menerusi kenyataan berkata, kejayaan itu merupakan tanda kecemerlangan sukan universiti dalam membantu meletakkan UiTM sebagai ‘Globally Renowned University’ pada 2025.

Beliau turut berharap agar UiTM akan terus cemerlang dalam Karnival Sukan Institut Pengajian Tinggi yang dijangka berlangsung Ogos ini. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1212
Kongsi :
Previous post Pembinaan Mawilla 4 di Bintulu dibentang pada sidang MKN dalam masa terdekat
Next post Sasar bina 10 ‘syurga’ baharu tahun ini
Ubah saiz-+=