Sorting by

×

UiTM Melaka bantu mangsa banjir Lubok China

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER LIMAU 23 Dis – Seramai 90 sukarelawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka (KBM) menyertai misi bantuan mangsa banjir di Lubok China, di sini, hari ini.

Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini berkata, program itu diadakan dengan kerjasama Institut Penilaian Negara (INSPEN) Melaka dan Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM).

Katanya, ia turut disertai kakitangan dan pelajar universiti itu bagi bersama membantu membersihkan Masjid Lubok China yang teruk terjejas akibat banjir pada 17 Dis lalu.

“Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang iaitu daripada warga UiTM Melaka dan orang ramai yang amat prihatin kepada nasib mangsa yang terlibat.

“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kariah serta memastikan masjid berkenaan dapat digunakan dengan segera.

“Penghargaan juga diberikan kepada Penolong Rektor KBM, Mohd Halim Mahphoth, Pasukan Bantuan Bencana Banjir Negeri Melaka 2021, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan serta seluruh warga KBM yang sentiasa peka dalam menyantuni mangsa banjir di negeri ini,” katanya.

MEMBERSIHKAN sejadah di sebuah masjid di Lubok China yang terkesan akibat banjir, baru-baru ini.

Terdahulu, misi bantuan itu turut menyumbangkan 200 beg bantuan kepada wakil kariah berkenaan.

Bantuan itu termasuk pakaian, tuala wanita, lampin pakai buang, barangan pembersihan rumah, kelengkapan kebersihan diri, makanan, ubat-ubatan, dan susu formula untuk disampaikan kepada keluarga yang terjejas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1554
Kongsi :
Previous post Karnival Kerjaya Melaka: 6,050 sudah dapat kerja setakat Nov
Next post Baharu sehari, MPHTJ terima sumbangan bantuan banjir bernilai RM10,000
Ubah saiz-+=