UiTM Jasin selesaikan misi ceriakan SK Ayer Limau

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

MASJID TANAH 18 Jun – Bagi merealisasikan pembangunan sekolah sebagai gerbang ilmu yang lestari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin telah mengangkat Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Limau rakan kongsi pintar (smart partnership).

Rektor UiTM Melaka, Dr Mohd Rasdi Zaini berkata Program Sekolahku Universitiku bertujuan menyokong strategi penyelesaian isu sekolah yang memerlukan perhatian di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Katanya pemilihan dilakukan adalah mengikut kategori yang berbeza seperti sekolah yang mempunyai kemudahan daif atau prasarana yang rosak.

RASDI (tengah) bergambar bersama peserta dan kakitangan UiTM jasin selepas perasmian penutupan Program Sekolahku Universitiku di SK Ayer Limau.

“SK Ayer Limau ini, ianya terpilih atas faktor bangunan yang didirikan adalah hasil gotong-royong penduduk selain infrastrukturnya pula boleh dianggap daif.

“Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk membantu menaik taraf fasiliti dan infrastruktur sekolah kepada yang lebih baik agar seiring dengan kemajuan teknologi pendidikan semasa,” katanya ketika ditemui pada penganjuran program itu 12 Jun lalu.

Katanya, program berkenaan membolehkan mahasiswa menimba pengalaman, mendapat pendedahan dan menyumbang kamahiran mereka kepada masyarakat di luar universiti.

Menurutnya, secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi penyertaan mahasiswa menerusi Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin dalam program sukarela.

AKTIVITI melukis mural bagi menceriakan lagi persekitaran SK Ayer Limau

Dr Mohd Rasdi berkata, program diadakan menerusi tiga fasa itu di SK Ayer Limau itu dimulakan pada 2019 lagi namun terpaksa dianjakkan ke tahun ini berikutan kekangan akibat pandemik COVID-19.

“Fasa pertama dijalankan pada 14 hingga 15 Disember 2019, sementara itu fasa 2 pada 4 hingga 5 Jun lalu manakala fasa 3 dijalankan pada 10 hingga 12 Jun lalu,” katanya.

Program berkenaan dijayakan 60 mahasiswa dalam kalangan Komander Kesatria UiTM yang menyumbangkan tenaga dan idea menerusi aktiviti gotong-royong seperti melukis mural, menghias sudut pidato dan mengecat dewan sekolah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2045
Kongsi :
Previous post Pasang lebih banyak tanda amaran di selekoh tajam – JKR
Next post Ekspo pendidikan jadi acara tahunan Melaka
Ubah saiz-+=