
UiTM diminta beri penjelasan video tular
KUALA LUMPUR 30 Mac – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi penjelasan berhubung video tular seorang pensyarah yang didakwa menghina pelajar B40.
Perkara itu dikongsikan Noraini menerusi ciapan di Twitter, Noraini di sini hari ini.
“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.
“Saya telah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka,” tulisnya.
Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 46 saat tular di media sosial sejak semalam memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya berikutan tidak mempunyai komputer, sebaliknya menggunakan telefon pintar dalam kelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...