UiTM didik masyarakat guna platform media dengan bijak

Masa Membaca:51 Saat

TANJUNG BIDARA 28 Julai – Misi mendidik masyarakat mengaplikasikan penggunaan media dengan cara betul diperluaskan dalam kalangan penduduk di luar bandar.

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof. Madya Dr. Abdul Rauf Ridzuan berkata, pemerkasaan Program Pemindahan Ilmu (KTP) dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti sahsiah dan penguasaan ilmu komuniti luar bandar terutama pada peringkat sekolah-sekolah.

Katanya, menerusi program dilaksanakan, pelajar Diploma Komunikasi dan Media diberi peluang untuk mempraktikan kemahiran penggunaan media massa serta platform digital kepada kumpulan sasar.

“Pensyarah amat komited dan proaktif mencari platform efektif bagi membuka peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam mempraktikan kemahiran guna media seperti yang telah dipelajari.

“Gabungan kepakaran pensyarah dan kemahiran pelajar dijangka mencapai sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM untuk menyampaikan ilmu terkini kepada komuniti melalui penganjuran KTP,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, dalam program terbaharu 30 mahasiswa dibimbing tiga pensyarah sebagai Sekretariat Media turun padang menyantuni 200 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1859
Kongsi :
Previous post PBT disaran jalankan inisiatif baiki kediaman usang
Next post Longkang tidak diselenggara punca banjir kilat
Ubah saiz-+=