Sorting by

×

Ubat PrEP HIV bukan menyokong pelaku songsang – Exco Kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai projek rintis untuk merawat penyakit HIV di negara ini bukannya mencerminkan kerajaan menyokong kepada pelaku songsang.

Sebaliknya, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata perubatan yang disediakan kerajaan di klinik kesihatan itu bukan sahaja sebagai satu langkah merawat golongan penagih dadah, suami dan isteri yang terjebak dengan virus itu malah ia turut dibekalkan kepada pasukan perubatan yang terpaksa menjaga pesakit HIV.

Menurutnya, kenyataan sebuah portal yang mendakwa perlaksanaan perubatan menerusi projek rintis yang dibekalkan di negara ini sebagai satu isyarat songsang adalah perkara yang tidak wajar dikongsikan.

“Apabila KKM mahu membantu dari penularan HIV tidak bermakna ia menyokong kepada perlakuan-perlakuan songsang.

“Mana-mana yang keluarkan kenyataan ini mereka perlu teliti balik kenyataan itu dan kita nak maklumkan bidang perubatan ini adalah untuk merawat sesiapa sahaja kerana tugas kita adalah untuk merawat bukannya untuk menghukum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu beliau berkata ketika mengulas kenyataan di Facebooknya yang menyelar dakwaan dikeluarkan seorang pemimpin malah menyarankan perlu berdakwah dengan dengan cara yang betul.

“Ubat PrEP ini juga boleh melindungi isteri-isteri kepada lelaki yang suka melanggani pelacur yang mana ada di antara golongan ini mereka tidak bersalah tetapi dijangkiti HIV akibat kesilapan pasangan mereka.

“Kita mengecam perbuatan mereka tetapi bukan bermakna kita perlu benci dan abaikan soal kesihatan mereka dan keluarga.

“Berdakwah ini kan ada pelbagai cara dan tidak boleh berdakwah dengan cara yang sama sahaja bagi setiap individu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2318
Kongsi :
Previous post FAM turunkan lagi harga tiket aksi Piala AFF
Next post Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam
Ubah saiz-+=