Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terpeinci
NEW YORK, 24 Januari – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negara.
Ubat tiruan atau ubat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik WHO.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 300 bayi di tiga negara telah meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
Ubat dikatakan mengandungi bahan toksik seperti pelarut industri atau agen antibeku yang boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan negara yang terlibat.
Badan kesihatan dunia itu sudah pun mengeluarkan amaran mengenai insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
AYER KEROH 19 November - Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)...
LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS
BANDA HILIR 19 November - Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi...
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIJANGKA HINGGA HUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 19 November - Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan...
PENGANGGUR DICEKUP, DISYAKI PECAH MASUK RUMAH GURU
JASIN 19 November - Seorang lelaki dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Maju, di sini....
MELAKA TUAN RUMAH SPEN 2024
AYER KEROH 19 November - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia (SPEN) 2024 bermula esok...
SERANGAN JANTUNG, SEBELUM LEMAS
ALOR GAJAH 19 November - Punca kematian lelaki warga emas yang ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan,...