
UAI buat kemunculan di Duyong, Ahad ini
DUYONG 15 Jun – Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus atau UAI secara rasminya bakal berceramah di Melaka, Ahad ini (19 Jun).
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Menurut Mohd Noor Helmy, kehadiran UAI merupakan sebahagian daripada aktiviti imarah masjid yang dilakukan jawatankuasa Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong bersama Persatuan Lembah Duyong dan JAPERUN Duyong.
Katanya lagi, ceramah berkenaan juga telah mendapat kebenaran khas daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka, sekali gus menepis tohmahan penceramah dari Pantai Timur itu digam dari memasuki negeri ini.
“Alhamdulillah. Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Wahhab dengan kebenaran rasmi.
“Terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di atas usaha meletakkan kepentingan agama yang pertama.
“Tahniah juga kepada barisan jawatankuasa Masjid Al-Wahhab atas usaha yang dibuat dalam mengimarahkan masjid,” katanya.
Menurut poster rasmi yang disiarkan, ceramah bertajuk ‘Mencari Ilmu Adalah Kewajipan Setiap Muslim’ itu akan diadakan selepas solat Maghrib.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...