
TYT terima kunjungan hormat UTeM
AYER KEROH 24 Jun – Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kunjungan hormat itu diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Academician UTeM, Tan Sri Dr. Ir Ahmad Tajuddin Ali.
Hadir sama, Naib Canselornya, Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr. Zulkifilie Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap.
Raha berkata, kunjungan hormat itu adalah sebagai penghormatan pihak universiti ini terhadap Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu.
“Kunjungan ini mengukuhkan hubungan baik dan jalinan strategik antara universiti awam teknikal berprestij dengan pembesar utama negeri.
“UTeM membentangkan berkaitan perkembangan, kemajuan dan pencapaian semasa universiti bukan hanya dalam arena pendidikan, malahan penyelidikan dan inovasi hingga merentasi sempadan global,” katanya.
UTeM ujarnya, turut berbincang mengenai perancangan dan peranan menerusi perkongsian kepakaran dalam bidang penyelidikan serta inovasi agar terus mewarnai pembangunan negeri.
“Sehingga kini pelbagai agenda dijayakan yang memberi manfaat kepada negeri Melaka,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...