
TYT terima kunjung hormat MPB
AYER KEROH 9 Sept. – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkenan meluangkan masa kira- kira satu jam berjumpa pengurusan tertinggi Media Prima Bhd (MPB).
Kunjungan hormat itu diketuai Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Syed Hussian Aljunid bersama Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Iskandar Mizal Mahmood.
Pada kunjungan itu, Mohd Ali turut berkongsi idea dan memberikan cadangan selain beliau turut dijemput ke Seri Pentas, Bandar Utama.
Menurut Syed Hussian, pada kunjung hormat itu, Mohd Ali turut memberikan beberapa cadangan bernas antaranya membudayakan teknologi tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah kami telah menerima beberapa idea bernas daripada Tun untuk diketengahkan dan kami akan berbincang di MPB serta akan mengguna cadangan itu.
“Selepas ini akan diadakan lagi satu atau dua perbincangan bersama Tun. Banyak perbincangan dan pengalaman dikongsikan Tun ketika beliau menjadi Ketua Menteri dan ia amat bernas,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada Tun yang akan bakal menyambut 100 hari perlantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri pada Jumaat.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...