Sorting by

×

TYT terima anugerah utama tokoh kepimpinan penerbitan buku negara

Masa Membaca:41 Saat

AYER KEROH 22 Feb – Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima anugerah utama Anugerah Buku Negara dalam Majlis Intelek Seni: Warisan Peradaban Melayu dan Anugerah Buku Negara 2022.

Beliau menerima anugerah Kategori Tokoh Kepimpinan Penerbitan Buku Negara yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah Buku Negara, Dr Hasan Hamzah dalam majlis diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini, hari ini.

Sebagai pendahulu anugerah itu Tun Mohd Ali menerima tengkolok, sijil dan piala iringan.

Seramai 30 individu membabitkan penulis yang telah berjasa menerbitkan buku di Melaka menerima Anugerah Buku Negara 2022 kali ini.

Program diadakan itu bertujuan melestarikan seni budaya dalam situasi pandemik dan menyampaikan mesej berkaitan nilai murni, falsafah budaya nilai tinggi, penghayatan nilai peradaban Melayu dan pembudayaan ilmu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

955
Kongsi :
Previous post Kit RTK Melaka dijangka berada di pasaran awal bulan depan
Next post Kluster pendidikan meningkat – KP Kesihatan
Ubah saiz-+=