
TYT sumbang idea bangunkan sektor pelancongan negara
AYER KEROH 7 Sept. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang sudi menyumbang idea dalam membangunkan sektor pelancongan negeri ini.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu antara inti pati kunjung hormat pihak MOTAC ke Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Seri Negeri, pagi tadi.
Katanya, dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, banyak perkara yang dibincangkan termasuklah membabitkan projek dan program berkaitan pelancongan di negeri itu.
“Kita menerima jemputan daripada TYT Tun untuk berbincang beberapa perkara yang mana kita boleh bekerjasama dengan Negeri Melaka membabitkan projek dan program pelancongan, kebudayaan dan warisan.
“Daripada pertemuan itu jelas menunjukkan TYT Tun begitu prihatin terhadap menambah pelbagai lagi produk pelancongan di Melaka.
“TYT Tun juga banyak memberi idea (kepada MOTAC) bukan sahaja membabitkan pelancongan, tetapi juga kebudayaan dan kesenian. Dari pertemuan ini kita dapat memahami idea tersebut supaya kita dapat memainkan peranan untuk memulihara seni dan budaya kita,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...