Sorting by

×

TYT serikan Konsert Lambang Sari Kita Jiwa Merdeka

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 17 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan Konsert Lambang Sari Series 3 (LSS3) Kita Jiwa Merdeka di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Melaka, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan; Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar; Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias serta kenamaan lain.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, Konsert LSS3 boleh disifatkan sebagai pengalaman menonton seni pentas bertaraf dunia dengan lebih dekat di Panggung Seri yang baharu dinaik taraf.

Dengan tata bunyi dan limpahan lampu pentas yang telah dinaik taraf ia telah meningkatkan lagi kualiti persembahan yang diadakan di pentas Panggung Seri, JKKN Melaka.

Keselesaan tempat duduk baharu memberikan lebih keselesaan kepada penonton yang hadir menyaksikan persembahan.

LSS3 yang berdurasi 1 jam 30 minit itu menampilkan keunikan hasil garapan pengarah persembahan Mohd Zulfaqar Awaluddin atau lebih dikenali sebagai Belalang.

Lebih menarik lagi persembahan LSS3 itu menampilkan persembahan dari artis terkenal tanah air seperti Liza Hanim; Azlan And The Typewriter; Asmidar dan Azizul Haqim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

134
Kongsi :
Previous post Pemain bola sepak tular tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Next post UTeM sambut baik kenaikan gaji penjawat awam
Ubah saiz-+=