
TYT saksi MoU antara CCM, KOKITA
BANDARAYA MELAKA 11 Jan – Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) dan CCM Manufacturing dan Packaging SDN. BHD memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) disaksikan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Perjanjian yang dimeterai di Hotel Majestic itu menyaksikan simbolik pertukaran dokumen perjanjian diwakili Pengerusi Eksekutif CCM, Yogeswaran Nadeson bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Dalam program sama, Mohd Ali turut menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Cara Pengiktirafan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Zazali Harun kepada Pengarah urusan CCM, Datuk Lim Sue Beng.
Acara kemudiannya diteruskan dengan pelancaran CCM Safe menyaksikan simbolik perasmian ditandatangani Mohd Ali sebagai gimik pelancaran program CCM Safe.
Program berkenaan merupakan pakej insurans yang dibangunkan CCM bersama VSure Tech Sdn Bhd sebagai penyedia platform insurans atas permintaan digital berlesen pertama oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...