
TYT mahu pengurusan sumber air yang lebih berkesan
AYER KEROH 20 Julai – Kerajaan negeri meletakkan sasaran matlamat pembangunan lestari bagi memastikan setiap individu mempunyai akses air bersih tahun 2030.
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkata, walaupun rakyat Melaka menerima bekalan air 100 peratus di rumah, namun negeri ini masih berhadapan masalah bekalan air.
“Saban tahun krisis air berlaku di negeri ini hingga boleh menjejaskan aktiviti kehidupan seharian.
“Selain dapat bantuan sumber air terawat, saya menyeru semua pihak agensi kerajaan, swasta dan rakyat Melaka berganding bahu memastikan pengurusan sumber air lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Ujarnya, sebagai contoh pelaksanaan prinsip 3R ‘reduce, reuse and recycle’ dalam pemuliharaan air dapat mencegah penggunaan air tidak terkawal.
“Pembaziran yang berlaku akan menyumbang kepada pengurangan rizab air di negeri ini,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...