Sorting by

×

TYT lawat ‘gimnasium kampung’ Kesang Tua bawa nama ke Olimpik

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KESANG 28 Julai – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir membuat kunjungan sebuah garaj kereta di Kampung Kesang Tua, di sini hari ini.

Lokasi rumah kampung milik Ahmad Janius Abdullah, 50, itu tular selepas ia menjadi tempat latihan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz yang meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, kelmarin.

Dalam lawatannya itu, Mohd Ali meluangkan masa selama kira-kira 20 minit melihat sendiri keadaan ‘gimnasium kampung’ itu sehingga ia mengharumkan nama Nyalas, Melaka di sukan Olimpik, Tokyo.

Ketibaannya pada jam 11.25 pagi disambut Ahlis Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai merangkap Penyelaras DUN Bemban, Datuk Hasan Abd Rahman dan Ahmad Janius yang juga Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

Mohd Ali kemudian mendengar sedikit taklimat ringkas daripada Hasan dan Ahmad mengenai cadangan untuk mengembangkan sukan angkat berat di Melaka.

Isnin lalu, Hidilyn mencipta sejarah buat Filipina apabila menjadi atlet pertama meraih pingat emas Olimpik buat negara itu menerusi acara wanita 55 kilogram (kg).

Hidilyn melakukan angkatan terakhir 127 kg sekali gus menafikan pemegang rekod dunia dan juga bekas pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 dari China, Liao Qiuyun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1703
Kongsi :
Previous post Malaysia rakam penghargaan kepada negara penyumbang vaksin COVID-19
Next post Minta RM26.60, dapat RM500
Ubah saiz-+=