TYT lancar jersi MUFC musim 2022

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 25 Feb – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam melancarkan jersi baharu Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) musim 2022 dalam majlis berlangsung di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

Dua jersi dilancarkan iaitu jersi Home dan Away dengan jersi Home musim ini menggunakan warna hijau gelap dengan gabungan warna hijau muda dan hijau gelap di bahagian lengan.

Manakala jersi tempat lawan (Away) pula menggunakan corak warna merah terang selain turut dilancarkan tiga jersi penjaga gol.

Hadir sama pada majlis itu EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, V P Shanmugan dan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat.

Turut berlangsung perlawanan persahabatan Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2022 antara MUFC dan Selangor FC.

SKUAD Melaka United FC memperagakan Jersi Melaka United FC yang baharu sempena Majlis Pelancaran Jersi Melaka United FC dan Perlawanan Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Stadium Hang Jebat, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada pelancaran ini juga MUFC juga mengumumkan senarai pemain yang bakal membawa cabaran pasukan bagi musim 2022.

Bagi musim 2022, MUFC menandatangani 27 pemain membabitkan 16 pemain baharu serta 11 pemain musim lalu.

Daripada jumlah itu, tiga import baharu dibawa masuk termasuk bekas penyerang MUFC 2018, Ifedayo Olusegun, pemain Sayap dari Ghana, Emmanuel Oti Essigba dan Pertahanan Kebangsaan Filipina, Justin Baas.

Dua import musim lalu iaitu Sony Norde (Haiti) dan Adriano Naarcizo (Brazil) dikekalkan bagi membawa cabaran Skuad Hang Tuah menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1187
Kongsi :
Previous post Jangan jadikan perang Rusia – Ukraine alasan naikkan harga – Nanta
Next post Vida kena ada masa
Ubah saiz-+=