
TYT, KM tunai solat Tarawih pertama di Masjid Al-Sultan Abdullah
MASJID TANAH 12 April – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menunaikan solat Tarawih pertama di Masjid Al Sultan Abdullah, Masjid Tanah, malam ini.
Kehadiran dua pemimpin besar negeri itu disambut penuh kesyukuran oleh jemaah yang lain bersempena dengan kehadiran bulan mulia Ramadan 1442 Hijrah.
Solat Tarawih di masjid berkenaan telah diimamkan oleh Ustaz Asyrizat Fattah Akhir dan bacaan doa dipimpin Mufti Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Terdahulu, Mohd Ali bersama Sulaiman turut menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan Negeri Melaka bertempat di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tanjung Bidara pada lewat petang tadi.
Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud dan kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...