TYT, KM solat sunat Aidiladha bersama 3,000 jemaah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BUKIT PALAH 29 Jun – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 3,000 penduduk di Masjid Al-Azim, di sini, pagi ini.

Seawal jam 7.45 pagi, jemaah sudah mula tiba di perkarangan masjid dan bersiap sedia untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Terdahulu, Tun Mohd Ali beramaa isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman tiba di perkarangan masjid pada jam 8.17 pagi.

Ketibaannya disambut Ab Rauf dan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil bersama Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

IMG_20230629_092835_603
BUKIT PALAH 29 JUN 2023. Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam mengalunkan takbir raya sebelum menunaikan solat sunat aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah. Foto: MR. AZLI

Turut sama hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid negeri ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin dan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Rosli Abdullah.

Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz, selain menyampaikan khutbah bertajuk Pengorbanan Utama Dalam Syariah.

Suasana solat Aidiladha turut meriah dengan kehadiran kanak-kanak selain ahli keluarga yang berpakaian raya sedondon.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1853
Kongsi :
Previous post Program Peduli Veteran terus diperkasa
Next post PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
Ubah saiz-+=