Sorting by

×

TYT, KM HADIR CERAPAN HILAL SYAWAL

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG BIDARA 30 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka di Balai Cerap, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Turut sama pada majlis itu Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil, mengetuai Jawatankuasa Rukyah dan Ahli Melihat Anak Bulan Melaka, untuk mencerap anak bulan Syawal.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Cerapan bermula sekitar jam 7.21 sebelum berakhir pada jam 8.10 malam dan hasil rukyah anak bulan ini kemudian dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).

Pengumuman dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri kemudian akan dibuat secara rasmi oleh PMBRR Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Balai Cerap Al-Khawarizmi, antara 29 lokasi rasmi lain untuk merukyah anak bulan termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Menara Alor Setar, Kedah dan Balai Cerap KUSZA, Terengganu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post TIGA LELAKI LARI PEMERIKSAAN POLIS DIBERKAS
Next post UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK