Sorting by

×

TYT, KM HADIR CERAPAN HILAL RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TANJUNG BIDARA 28 Februari – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir ke Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka di Balai Cerap, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, di sini, hari ini.

Turut sama pada majlis itu Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco serta lain-lain kenamaan.

Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Halem Tawil mengetuai Jawatankuasa Rukyah dan Ahli Melihat Anak Bulan Melaka, mencerap anak bulan Syawal 1446 Hijrah sebelum hasil rukyah anak bulan dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).

PMBRR sebelum ini dalam kenyataan memaklumkan tarikh 29 Syaaban ditetapkan melihat anak bulan selepas Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Cerapan anak bulan dilakukan antara jam 7 hingga 7.50 malam dan hasil cerapan di Balai Cerap Al-Khawarizmi tidak memenuhi kriteria disebabkan keadaan cuaca yang mendung.

Balai Cerap Al-Khawarizmi, antara 29 lokasi rasmi lain untuk merukyah anak bulan termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Menara Alor Setar, Kedah dan Balai Cerap KUSZA, Terengganu.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post HAYATI KEINDAHAN, MANFAATKAN KELEBIHAN RAMADAN
Next post 16 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA JANUARI LALU – JIPS