
TYT, KM beraya dengan orang Kuala Linggi
KUALA LINGGI 24 April – Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman meraikan warga Kuala Linggi pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, hari ini.
Ketibaan Tun Mohd Ali kira-kira jam 12.20 tengah hari itu disambut Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah.
Kehadiran Tun Mohd Ali di Kompleks Japerun Kuala Linggi itu menyerikan lagi majlis berkenaan apabila beliau berkesempatan beramah-mesra bersama tetamu yang hadir.
Pelbagai juadah disediakan buat tetamu seperti sate, roti john, cakoi, nasi berlauk dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Adun-adun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.