
TYT hadir ke Gotong-Royong Perdana Taman Botanikal

AYER KEROH 6 Sept. – Kira-kira 350 jemputan hadir bagi menyertai Program Gotong-Royong Perdana di Taman Botanikal, sebentar tadi.
Program itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam kira-kira jam 8 pagi.

Ketibaan Mohd Ali disambut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti membersihkan longkang, mengutip sampah, mengutip daun kering, menebang serta mencantas pokok dan lain-lain.
Kerja-kerja tersebut bagi mengindahkan kawasan Taman Botanikal sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR
SERI NEGERI 25 April - Kejayaan menarik pelaburan berkualiti, berimpak tinggi selari dengan kelestarian alam sekitar dan berupaya membuka banyak...
PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT
SERI NEGERI 25 April - Sistem jalan raya dan aliran trafik di Melaka perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kata...
EKONOMI MELAKA BERKEMBANG PADA KADAR TIGA PERATUS
SERI NEGERI 25 April - Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka direkodkan sebanyak RM46.9 bilion sepanjang 2023 menyumbang kepada...
TMM2024 POSISIKAN MELAKA DI PETA PELANCONGAN DUNIA
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bangga dengan kejayaan Tahun...
USAHAWAN MELAKA PERLU MANFAAT PLATFORM DIGITAL
SERI NEGERI 25 April - Usahawan di Negeri Melaka digalak untuk memanfaatkan platform digital selari dengan ledakan perkembangan teknologi terkini....
SIDANG DUN MELAKA MENGENANG ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam, mengenang jasa Perdana Menteri Kelima,...