Sorting by

×

TYT BERSAMA 10,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PENGKALAN BATU 31 Mac – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman, hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 umat Islam di Masjid Al-Azim, di sini, pagi ini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 8.15 pagi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Saleh serta Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Seawal jam 7.30 pagi, umat Islam mula memenuhi perkarangan Masjid Al-Azim untuk bersama-sama menunaikan solat sunat bagi meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Img 20250331 092740 979
ANTARA umat Islam yang mengambil peluang bergambar selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim. Foto Iqmal Haqim Rosman

Solat Sunat Aidilfitri diimamkan Ahli Majlis Fatwa Negeri Melaka, Ustaz Datuk Mohammad Hashim Al Hafiz sebelum diteruskan dengan bacaan khutbah yang bertajuk ‘Nikmat Disyukuri, Taqwa Dihayati’.

Jemaah yang hadir turut tidak ketinggalan bersalam-salaman dan mengambil gambar bersama Tun Dr. Mohd Ali.

Terdahulu sebelum solat, Tun Dr. Mohd Ali meluangkan masa menziarahi Makam Pahlawan Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

302
Kongsi :
Previous post UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK
Next post KETUA MENTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA LEBIH 500 PENDUDUK KAMPUNG PULAU