
TYT beri kejutan rai anak merdeka
AYER KEROH 2 Sept. – Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Utama (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam memberi kejutan kepada anak-anak merdeka dalam Majlis Meraikan Anak Merdeka 2020, baru-baru ini.
Ketibaan beliau kira-kira jam tiga petang di Hotel Seri Malaysia itu merupakan penghargaan buat anak-anak merdeka yang diraikan pada hari tersebut.
Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, kemerdekaan yang dikecapi hari ini tidak boleh disia-siakan.
“Golongan muda khususnya remaja jangan sia-siakan kemerdekaan yang kita miliki hari ini.
“Ini usaha pejuang tanah air terdahulu yang sanggup berkorban harta, nyawa dan keringat demi memastikan kita selesa pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Anak Merdeka 2020 di Hotel Seri Malaysia, baru-baru ini.
Majlis itu dianjurkan bersama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Bank Simpanan Nasional (BSN).
Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan DMDI Datuk Wira Zainal Hussin; Pemangku Presiden DMDI Prof Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin; Pengurus Besar DMDI Malaysia Datuk Abdul Rahim Abu dan Pengurus Rangkaian Komunikasi Dan Media Hotel Seri Malaysia Farrah Shahrizan Mohd. Yunos.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...