TVS BANTU MELAKA PROMOSI WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LUMPUR 9 Oktober – Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah World Tourism Day (WTD) 2025, turut mendapat perhatian daripada Stesen televisyen wilayah pertama negara, TV Sarawak (TVS) yang sedia untuk mempromosikan acara berkenaan yang dijadualkan September tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Sdn Bhd (SMG), Kushairi Abang berkata, meskipun Melaka dipilih sebagai tuan rumah, acara itu sebenarnya turut membabitkan sektor pelancongan seluruh negara termasuk Sarawak.

Berikutan itu katanya, semua pihak perlu memanfaatkan pemilihan Melaka sebagai lokasi penganjuran sebagai platform untuk mempomosikan Malaysia di mata dunia.

Katanya, promosi berterusan amat perlu kerana WTD 2025 adalah platform terbaik untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Usaha menguar-uarkan kedua-dua acara besar ini perlu dilaksanakan awal, kehadiran ramai menteri pelancongan dunia amat sesuai untuk mempromosikan pelbagia produk pelancongan yang ada di Malaysia.

“Pelbagai program dan acara boleh dilaksanakan sepanjang acara bertaraf dunia ini, saya anggap ini adalah masa sesuai untuk dunia mengenali Malaysia dalam aspek budaya, makanan serta sukan tradisi.

“TVS sedia untuk membantu Melaka mempromosikan sambutan ini supaya dapat mengangkat sektor pelancongan negeri ini kepada negara-negara yang bakal berkampung,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 08 At 10.33.50 Pm
KUSHAIRI menyampaikan pembentangannya pada program dianjurkan.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengetuai sesi pembentangan dan ramah mesra dalam program TVS Spotlight diadakan di Auditorium Nexus@Bangsar South, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi SWG, Datuk Norhayati Mohd Ismail.

Pada masa sama beliau berkata, setakat ini pihaknya sedang menunggu aturcara penganjuran WTD2025 bagi merangka usaha promosi akan dilaksanakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

46
Kongsi :
Previous post PENUTUR BAHASA MELAYU SEMAKIN RAMAI
Next post WTD 2025 BAWA DUNIA KE MELAKA
Ubah saiz-+=