
Turap parkir Klinik Kesihatan Tebong
MACHAP JAYA 21 Julai – Lokasi Klinik Kesihatan Tebong yang terletak di laluan utama Jalan Simpang Gading-Ayer Pasir merumitkan pesakit mencari petak parkir kenderaan mereka ketika mendapatkan rawatan.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem mengambil inisiatif memastikan kawasan tempat letak kereta di klinik berkenaan diturap dan ditanda dengan 10 petak parkir.
Katanya, pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik itu sebelum ini parkir di tepi jalan jadi keadaan itu agak membahayakan kenderaan dan keselamatan mereka.
“Kerja-kerja menurap dan menanda parkir di klinik kesihatan itu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Alor Gajah dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi itu.
“Saya singgah di hadapan klinik terbabit untuk melihat kerja menurap jalan untuk pengunjung Klinik Kesihatan Tebong,” katanya menerusi catatan Facebook rasminya.
Mengulas lanjut, beliau berkata dengan adanya petak parkir itu memudahkan urusan pesakit untuk menerima rawatan di klinik terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...