Sorting by

×

Tunku Zahrah nama puteri kedua TMJ

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

JOHOR BAHRU 22 April. – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, sebelum dimuat naik dalam Facebook rasmi Tunku Ismail.

PASANGAN diraja bersama putera dan puteri baginda. Foto Ihsan Facebook TMJ.

 

Menurut Abdul Rahim, isteri Tunku Ismail Che’ Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan anakanda keempat pasangan itu di Hospital Sultanah Aminah di sini, semalam.

“Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan bahawa, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja, menamakan puteri Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut;

“Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail,” katanya.

Tunku Ismail dan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014 dan telah dikurniakan tiga lagi anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1487
Kongsi :
Previous post Portal U-Pustaka mampu tarik orang ramai membaca atas talian
Next post Pemutar kepala paip terbenam dalam perut
Ubah saiz-+=