Sorting by

×

Tun Mohd Ali tunai solat Aidiladha bersama 3,000 jemaah di Masjid Negeri

Masa Membaca:58 Saat

BUKIT PALAH 10 Julai – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim di sini, pagi ini.

Kehadiran beliau kira-kira jam 8.20 pagi itu diiringi EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; dan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman.

Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat.

Solat sunat Aidiladha tersebut dihadiri kira-kira 3,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mohamad Hashim Al-Hafiz.

Sejurus menunaikan solat Tun Mohd Ali sempat meluangkan masa mendengar khutbah bertajuk ‘Berkorban Demi Islam’.

MELAKA 10 JULAI 2022. Antara jemaah yang hadir membawa anak mereka menunaikan solat sunat aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Foto: MR. AZLI

Solat sunat Aidiladha kali ini kelihatan meriah apabila ibu bapa turut membawa anak-anak mereka untuk bersama menunaikan solat tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1613
Kongsi :
Previous post Berganding bahu tangani inflasi, berkorban bantu golongan miskin – PM
Next post Bantuan banjir Baling dipantau supaya tiada kelewatan – PM
Ubah saiz-+=