
Tun Mohd Ali rasmi Istiadat Konvokesyen PMM
MERLIMAU 6 Feb – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau Ke-19, yang membuka tirainya hari ini.
Istiadat konvokesyen berlangsung meriah walaupun dalam norma baharu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pada sidang pertama seramai 280 graduan iaitu penerima Diploma Kejuruteraan Awam termasuk 108 penerima Diploma Kejuruteraan Diploma Seni Bina akan menerima skrol yang disampaikan oleh Tun Mohd Ali.
Hadir sama pada istiadat yang berlangsung di Dewan Platinum PMM, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Ts Zainab Ahmad dan Pengarahnya Mohd Hatta Zainal.
Konvokesyen kali ini membabitkan seramai 2, 936 graduan peringkat diploma dan terbahagi kepada 11 sidang yang akan berakhir pada Khamis ini.
Kesemua graduan ini terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...