
Tun Mohd Ali meriahkan Majlis Mahabbah Aidilfitri UTeM
DURIAN TUNGGAL 24 Mei – Kira-kira 5,000 jemputan membanjiri perkarangan Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sempena Majlis Mahabbah Aidilfitri UTeM di sini, hari ini.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba pada jam 10.30 pagi.

Ketibaan Tun Mohd Ali disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abdul Kalil dan Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin.
Pada majlis sama Tun Mohd Ali turut menerbangkan pesawat kawalan jauh tanpa pemandu (dron) milik UTeM, sebelum melawat khemah yang menyediakan juadah Aidilfitri.

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari tiba pada jam 12.30 tengah hari.
Sulaiman meluangkan masa melawat pameran dan mendengar taklimat mengenai teknologi canggih dron yang dimiliki UTeM sebelum menjamu selera.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Pro Canselor UTeM, Datuk Dr Sabirin Ja’far.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUFET RAMADAN HOTEL DI MELAKA SELAMAT, TIADA YANG DIARAH TUTUP
AYER KEROH 6 Mac - Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem menafikan laporan mengaitkan penutupan...
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...