Tun Mohd Ali melawat cawangan kedua DMmart di Jalan Hang Tuah
BANDARAYA MELAKA 1 Sept – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam mengadakan lawatan ke premis kedua kedai serbaneka DMmart Jalan Hang Tuah, hari ini.
Kehadiran Tun Mohd Ali pada jam 12 tengah hari itu disambut Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin; Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin.
Hadir sama wakil-wakil DMDI Malaysia Datuk Abdul Rahim Abu bersama Datuk Seri Zulfaqar Hashim.
Menurut Pusat Sumber dan Dokumentasi Yayasan DMDI Tun Mohd Ali yang juga Presiden DMDI itu berkesempatan meluangkan masa untuk melihat barangan yang dijual dan sedang dipromosikan di premis tersebut.
Tidak ketinggalan, Tun Mohd Ali turut memberikan cadangan semasa lawatan itu demi kecemerlangan DMmart Jalan Hang Tuah.
Sebelum berangkat pulang, Tun Mohd Ali menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pengurusan DMmart Jalan Hang Tuah atas pembukaan kedai serbaneka tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...