
Tun Mohd Ali, isteri sertai majlis kesyukuran sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka
AYER KEROH 9 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman menyertai Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maal Hijrah 1443H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021M secara maya di Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM), hari ini.
Majlis itu juga bersempena Setahun Pelantikan Tun Mohd Ali sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah serta bacaan doa bagi mendapatkan keberkatan yang dipimpin Mufti Datuk Wira Abdul Halim Tawil sebelum meneruskan bacaan surah Yasin.

Turut menyertai majlis secara maya itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan barisan Exco kerajaan negeri.
Majlis mendapat kira-kira 1,000 tontonan dan berakhir kira-kira jam 7.20 malam yang disudahi dengan bacaan doa akhir tahun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...