Tun Mohd Ali dianugerah pangkat kehormat Ketua Pesuruhjaya Bomba
Masa Membaca:29 Saat
AYER KEROH 28 Jan – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganugerahkan pangkat kehormat Ketua Pesuruhjaya Bomba kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Menerusi hantaran di Facebook Rasmi Istana Melaka, Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat itu disempurnakan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, di Seri Negeri, di sini, semalam.
Hadir sama pada majlis penganugerahan itu adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Edwin Galan Teruki, Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Mohamad Shoki Hamzah dan Pengarah JBPM negeri, Abu Bakar Katain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1564